Followers

Monday, August 30, 2010

ini sebuah kisah cinta

entry kali ini merupakan sebuah kisah cinta.. hepp.. bukan kisah cinta saya.. tp kisah cinta mereka.. siapakah mereka yg dimaksudkan itu? biar ia menjadi tanda tanya seketika.. (itu pun kalau tdetik rasa di hati mahu tahu kan..)

alright.. si bunga seorang tenaga pendidik yg setiap hari terpaksa memerah keringat mendidik anak bangsa sendiri di sebuah perkampungan kecil di daerah Sepang.. Dia seorg yg bukan lagi agak agresif tp agresif habis lah.. Mujurnya zaman dia dahulu xde la term "mat rempit" ni.. kalau dah wujud lah term ni dari zaman muda dia dahulu, dia boleh bolot gelaran "minah rempit" kot.. mak aihh dia bwk moto sumpah laju gila mcm pelesit.. so far, semua lelaki yg try nk tackkle dia, belum pernah terkejar lah moto kecil dia tu.. Suzuki best warna biru.. nombor plat sekian sekian.. haha bajet nk privacy lah kan padahal ak xingat lah nombor plat nya brapa..

kemudian kita cerita pula tentang si kumbang.. dia merupakan seorg juru elektrik di mana masa muda2nya dulu sgt lah mewah.. lupa mahu beritahu yg si gadis td berasal dari sebuah keluarga yg miskin.. xdelah smpai fakir sbb keluarga si gadis ini berprinsipkan ; biar x makan asalkan dpt blajar.. maksudnya duit itu lebih diutamakan kpd study.. berbalik kpd cerita sang rangga td, pada zaman itu si rangga dah mula pakai motor besar beb.. alah time2 mcm ni pulak lah aku lupa apa nama moto dia.. tp besar lah.. mmg ank2 org berada je pakai.. maklum lah, anak tabib kampung kan.. kau tau x tabib tu apa? doktor kampung la senang cerita kang.. duit main sepah2 je bawah tilam.. x pcaya sudah..

nk dijadikan cerita, si gadis selalu melalui sebuah warung kopi setiap pagi untuk ke sekolah tempat dia mengajar.. okay, warung tu lah tmpat si jejaka breakfast setiap hari sbelum ke tempat kerja.. (org skrg lepak mcD je ye tak) nk dijadikan cerita, berdesup la si suzuki best ni depan warung tu x ingat dunia mcm kat litar sepang dah.. al mklumlah jalan lurus.. mau x tsentap si jejaka & teman2 yg melihat tmbah2 plak gadis yg bawakkan.. tercabar maruah beb.. so kawan2 si jejaka pun cabar lah si jejaka ini tadi.. "si polan, kalau lah kau dpt kejar awek tu.. kau mmg hebat lah! kitaorg semua dah try kejar.. xdpt..".. si jejaka td spontan je jawab, "kau tgk lah nnt, dia tu nnt jd bini aku.." smbil hirup kopi panas.. amboi.. bajet moto hebat, cara kau ride pun hebat lah ye? haha kau x knal lagi gadis ni, tbaik atas jln raya.. sayangnya, litar sepang tu lambat buka je.. kalau buka pada zaman2 mereka ni, ak rasa sejarah best woman jugaklah gadis ni tadi..

jadi, pada suatu hari, si jejaka dah tunggu siap2 si gadis tadi pulang dari sekolah utk diekori.. dari jauh dah dgr bunyi ekzos suzuki best tu lalu si jejaka pun get ready lah.. nmpak je gadis tu blah dari depan mata, apa lagi si jejaka tadi pun press the fuel habis lah! haha nk kejar kan.. si gadis ni x lama lepas tu dia perasan pulak ada org follow dia.. tp dia maintain lah beb laju je jugak.. masa tu gaji baru masuk kan.. jadi mmg x sabar lah nk g bank amik duit.. TAK TERKEJAR LAH BRO mamat td.. gadis tu kan ak dah ckp best rider of the year.. tp.. disebabkan ada traffic light dri hijau tukar jadi merah la, si gadis brek mcm nk mati smpai tseret lah moto dia atas jalan.. nasib baik moto xde pape, cuma tgn dia, ya Allah.. sagat kat jalan punya pasal.. kau tau2 jelah mcm mana.. x dpt ak nk membayangkannya.. hanya disebabkan lampu merah itu lah lelaki tu dpt lah tgk muka perempuan itu tadi.. kalau x, JGN HARAPLAH, BYE2! haha..si jejaka pun tanya si gadis, "xsakit ke?" sambil sengeh2.. si gadis pun kata lah, "x nampak ke?" sambil angkat tangan dia yg dah nmpak daging2 tu.. aduhaaii..

lepas tu si gadis terus pecut balik smpai ke bank.. ak kurang pasti tgn gadis tu berbalut dgn apa selepas kejadian.. selesai si gadis ke bank, dia pun menuju ke motor dia tadi.. nampak mamat tadi bertenggek atas suzuki best tu dgn muka tersengeh2 mcm kerang busuk.. mamat tersebut terus mengoyakkan kotak rokoknya lalu diberi kepada si gadis dgn harapan si gadis akan menulis nombor telefonnya.. si gadis pun bagi lah jugak ye nombor telefon.. untung lah kau.. dah la x dpt kejar tp dpt nombor telefon.. keh3

beberapa hari selepas itu.. si jejaka menunggu lagi si gadis kali ini di perjalanan si gadis mahu ke tempat kerja.. si gadis ni mmg xtahulah nk bawak perlahan, mmg cara penunggangan nya berbahaya.. nak diajadikan cerita, si jejaka boleh berdiri tgh2 jalan.. masa itu si jejaka ngah rambut alfro nya dah mcm alleycat.. si gadis brek mengejut lagi.. dlm hatinya org asli manalah ni nak mampus.. rupanya jejaka yg sama.. bpusing gak lah 90 darjah motor si gadis td nk mengelak "rambutan" tgh jalan td.. si gadis marah gila, "KAU NK MATI KE APA?" si jejaka jawab apa tau.. haa teka teka teka.. si jejaka kata, "balik ni, kau bagitau mak kau, aku nk kahwin dgn kau".. terkedu si gadis.. bila balik ke rumah, si gadis menangis2 cerita kat si ibu yg ada org mahu berkahwin dgnnya.. si ibu pun bkata, "kau ni bukannya xda org nak. ramai org yg nak kat kau.. tapi engkau tu aje yg susah sgt nk menerima org lain.. jgn lah memilih sgt"..

lepas tu malas ak nk cerita lagi.. sbb selepas itu barulah mereka memulaka kisah percintaan mereka yg sebenarnya.. ini hanya pengenalan.. korg mula kenal boyfriend/girlfirend korg mcm mana? mesti hari2 dok sms.. pastu minx couple kan.. selalunya org mcm tu.. agak sukar nk jumpa rare story mcm ni.. tmbah2 plak dah zmn moden ni kan.. paling2 pun chatting2 kat ym, fesbuk, maispes dah dpt awek.. ye x?

okay, this is how my ummi & my abah know each other at first..





p/s : nasib baik lah ak x mewarisi cara tunggang moto berbahaya tu.. kalau x, jd
mrs valetino rossi lah aku.. kan? haha..

1 comment: